Ahad, 13 Julai 2014

CUBAAN SELUDUP 70,000 LITER DIESEL BERSUBSIDI GAGAL


Mersing, 12 Julai – Tindakan dua pemandu lori yang sedang leka memindahkan 70,000 liter minyak diesel bersubsidi dari dua buah lori tangki ke empat buah bot kargo ikan yang dipercayai untuk diseludup keluar berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau, Mersing, malam kelmarin.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Azmi Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati pemandu lori dan pemilik bot disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana gagal menunjukkan dokumen yang lengkap berkaitan kebenaran untuk menjalankan aktiviti berkenaan. 

"Anggaran nilai rampasan dua buah lori tangki, 4 bot kargo ikan dan 70,000 liter minyak diesel adalah bernilai RM2.3 juta," katanya.

"Dua pemandu lori warga tempatan dan 25 orang krew bot kargo warga Vietnam bersama rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mersing untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," tambahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...