Jumaat, 11 Mac 2011

Kekal pengakuan tidak bersalah

KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya terhadap tuduhan merogol cucunya sendiri. 

Tertuduh, Che Wel Ibrahim juga gagal melantik peguam bela ketika kesnya disebut semalam lalu, hakim menetapkan tarikh sebutan yang baru pada 6 April ini. 

Hakim Mahkamah Sesyen, Irwan Suainbon menetapkan tertuduh dari Kampung Kolam Tembusu, Pasir Puteh melantik peguam bela untuk tarikh sebutan yang baru nanti. 

Pengikut mazhab Syiah bebas beramal dan tidak boleh ditahan di bawah ISA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan kepada Dewan Rakyat dalam sesi soalan tambahan bahawa pengikut Syiah Imamiyah dilarang menyebarkan mazhab tersebut namun bebas beramal dengannya selain tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang mempersoalkan mengapa pengikut mazhab Syiah perlu ditahan di bawah ISA dan tidak dibicarakan secara adil di Mahkamah.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka dibenarkan beramal dengan mazhab Syiah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.

308 pelatih PULAPOL dikuarantin

BENTONG - Seramai 308 pelatih Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kini dikuarantin berikutan kematian seorang rakan mereka dua hari lepas akibat virus Adenovirus, sejenis jangkitan pada pernafasan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tiga pelatih masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala 23 lagi kini ditempatkan di wad biasa.

"Kementerian belum menemui punca sebenar bagaimana virus tersebut wujud dan boleh merebak di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jalinan Kasih 1Malaysia bagi penghuni di Penjara Bentong dekat sini, hari ini. Liow adalah juga Anggota Parlimen Bentong. 

Beliau meminta pengurusan pusat latihan polis, penjara, tentera dan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) supaya meningkatkan penjagaan kebersihan di kawasan mereka. - Bernama

Lima nelayan ditahan miliki heroin

YAN - Polis menahan lima nelayan yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di daerah Yan dalam satu serbuan di jeti nelayan di Kampung Burma, Kuala Sala dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Ismail Abu berkata, serbuan hasil maklumat orang
awam oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik pada pukul 12 tengah hari itu berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 342.2 gram bernilai RM9,000.

Beliau berkata ketika serbuan, kelima-lima lelaki berusia 18 hingga 54 tahun itu berada dalam sebuah bot nelayan, dipercayai sedang berehat.

Presiden Kesatuan Pegawai Kastam cedera dihentak batu

JOHOR BAHARU - Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, di sini, dua hari lalu.

Ibrahim, yang juga Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Cawangan Johor berkata, ketika kejadian kira-kira 12.30 malam, beliau bersendirian dan ingin ke rumah anaknya di Taman Anggerik, di sini.

"Ada dua lelaki mengejar saya ketika saya nak masuk ke dalam kereta. Menyedari saya cuba menghidupkan kenderaan, tiba-tiba datang pula sebuah kereta Proton Waja mengepung saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...