![]() |
| Kereta pacuan empat roda yang disamun dijumpai terbabas di Jalan Kampung Bali. |
SERI ISKANDAR - Gara-gara lalai ketika mahu mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran Universiti Teknologi Petronas (UTP), dua kontraktor ikan berputih mata apabila kenderaan mereka dilarikan pada 30 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi apabila pemandu kereta bersama seorang rakannya yang juga kontraktor ikan dalam perjalanan dari Manjung menuju ke Ipoh dan berhenti di stesen itu untuk mengisi minyak.
Menurutnya, pemandu terbabit kemudiannya keluar untuk membayar minyak di kaunter, manakala rakannya keluar sebentar untuk merehatkan badan.
"Secara tiba-tiba seorang lelaki meluru masuk ke dalam kereta sebelum bertindak melarikan kereta berkenaan.

