Kuala Lumpur, 24 Mac - Mereka tidak dapat hadir pada perbarisan Hari Polis esok, tetapi semangat juang lapan anggota polis yang gugur di medan pertempuran dengan pengganas militan di Sabah tetap menyala di kalangan rakan seperjuangan mereka.
Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerbangkan khas 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat untuk menyertai perbarisan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) esok.
Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu dijangka menyertai perbarisan dengan mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.




