JOHOR BAHRU –
Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah
Seri Alam patah kaki kiri dan kedua belah tangan selepas dirempuh sebuah kereta.
Dalam kejadian jam
12.30 tengah hari kelmarin itu, Lans Koperal Mohd Redzuan dirempuh sebuah
kereta yang dipandu secara berbahaya.
Mohd Redzuan
berkata, ketika kejadian, dia sedang melakukan rondaan di Jalan Dedap, Taman
Johor Jaya bersama empat anggota lain sebelum mengesan sebuah kereta jenis
Proton Wira dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, ketika
diarah berhenti, suspek bertindak memusingkan kenderaan terbabit dalam cubaan
untuk meloloskan diri dengan keluar semula dari Jalan Kampung Baru Plentong
menghala ke laluan Masai Lama.