KUALA LUMPUR - Sebuah agensi pelancongan didakwa menipu kira-kira 1,200
bakal jemaah umrah dari seluruh negara, melibatkan kerugian RM4.8 juta selepas
penerbangan mereka ditunda beberapa kali dan gagal menuntut kembali wang mereka.
Difahamkan agensi pelancongan beribu pejabat di Wangsa Maju di sini
gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah dijadualkan pada Jun tahun ini
walaupun bayaran penuh RM3,999 seorang dibuat sejak 2012.
Seorang daripada perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu,
Qurratul 'Ain Hasman, 25, berkata dia bersama-sama 54 jemaahnya hanya menyedari
ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas
alasan masalah dana dan visa.



