Isnin, 16 Disember 2013

Penjual kuih nyaris maut ditembak

KUALA SELANGOR - Seorang penjual kuih nyaris maut selepas terkena satu das tembakan di bahagian perut kira-kira 150 meter dari rumahnya di Taman Pelangi, Bistari Jaya di sini malam tadi.
Mangsa seorang lelaki berusia 45 tahun ketika itu bersendirian dan sempat menghubungi sepupunya bagi memaklumkan keadaan dirinya yang ditembak.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitenden Mohd. Taib Ahmad berkata, dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, mangsa sedang berjalan sendirian di tepi bangunan berhampiran satu tapak pembinaan sebelum didatangi seorang suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam.
"Suspek melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian perut mangsa sebelum dia bertindak melarikan diri.
"Polis menemui satu kelongsong peluru saiz 9mm di lokasi kejadian dan mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - KOSMO!

Lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan kesan tetakan

Gambar hiasan
SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala di persimpangan Seksyen 20, di sini pukul 7.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, polis yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat awal dari orang awam mendapati, lelaki tersebut terbaring di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah.
Katanya, siasatan awal mendapati barangan peribadi milik mangsa turut hilang dan kejadian dipercayai bermotif samun.
"Ekoran kejadian itu, polis menjalankan gerakan memburu suspek dan berjaya menahan dua suspek lelaki warga tempatan di kawasan Shah Alam kira-kira tiga jam kemudian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang di sini untuk bedah siasat,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - KOSMO!

Ahad, 15 Disember 2013

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA - IKUT KELALUAN HATI MATI !!


Gambar: BERHATI-HATI DI JALAN RAYA: Mengikut statistik PDRM sepanjang tahun 2010-2012, secara purata, kategori jenis pelanggaran yang paling tinggi ialah TERBABAS. Secara purata, jumlahnya sebanyak 3,120 kes setahun. 

Kecederaan kemalangan ini melibatkan kematian, cedera parah dan cedera ringan. Daripada jumlah itu, 50% (1,577 kes) adalah menyebabkan KEMATIAN.

Pihak PDRM menasihatkan orang awam agar mematuhi arahan yang telah ditetapkan dan semoga selamat sampai ke destinasi.
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA: Mengikut statistik PDRM sepanjang tahun 2010-2012, secara purata, kategori jenis pelanggaran yang paling tinggi ialah TERBABAS. Secara purata, jumlahnya sebanyak 3,120 kes setahun. 

Kecederaan kemalangan ini melibatkan kematian, cedera parah dan cedera ringan. Daripada jumlah itu, 50% (1,577 kes) adalah menyebabkan KEMATIAN.

Pihak PDRM menasihatkan orang awam agar mematuhi arahan yang telah ditetapkan dan semoga selamat sampai ke destinasi.

SCAM ALERT: Penahkah anda melakukan transaksi pembelian melalui internet?


Gambar: SCAM ALERT: Penahkah anda melakukan transaksi pembelian melalui internet? Peniaga akan menggunakan medium internet untuk mengiklankan barang-barang untuk dijual. Kaedah bayaran biasanya melalui deposit tunai, pemindahan akaun dan perbankan dalam talian ke dalam akaun bank yang diberikan suspek.

Namun begitu, bagi sesetengah individu taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa bagi mengaut keuntungan. Kaedah penipuan melalui internet semakin popular kerana ianya sangat mudah, murah dan pantas tanpa perlu bersua muka dengan mangsa. 

Modus Operandi Sindiket:
1. Pada mulanya suspek berpura-pura mengiklankan barang di internet, mangsa yang berminat dan percaya akan mula membuat pesanan. 
2. Selepas pesanan dibuat mangsa dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu termasuk kos penghantaran. 
3. Namun setelah bayaran dibuat, barang yang dipesan tidak diterima dan suspek gagal dihubungi. 

Nasihat polis:
1. Hanya berurusan dengan medium rasmi produk tersebut apabila membuat pembelian melalui internet.
2. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembelian atas talian.
2. Sekiranya perlu, digalakkan berjumpa dengan penjual produk semasa proses dalam pembelian.

Peniaga akan menggunakan medium internet untuk mengiklankan barang-barang untuk dijual. Kaedah bayaran biasanya melalui deposit tunai, pemindahan akaun dan perbankandalam talian ke dalam akaun bank yang diberikan suspek.

Namun begitu, bagi sesetengah individu taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa bagi mengaut keuntungan. Kaedah penipuan melalui internet semakin popular kerana ianya sangat mudah, murah dan pantas tanpa perlu bersua muka dengan mangsa. 

Modus Operandi Sindiket:

1. Pada mulanya suspek berpura-pura mengiklankan barang di internet, mangsa yang berminat dan percaya akan mula membuat pesanan. 
2. Selepas pesanan dibuat mangsa dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu termasuk kos penghantaran. 
3. Namun setelah bayaran dibuat, barang yang dipesan tidak diterima dan suspek gagal dihubungi. 

Nasihat polis:

1. Hanya berurusan dengan medium rasmi produk tersebut apabila membuat pembelian melalui internet.
2. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembelian atas talian.
2. Sekiranya perlu, digalakkan berjumpa dengan penjual produk semasa proses dalam pembelian.

MEKANIK DITAHAN BERSAMA 67 BOTOL HEROIN DI MARANG

Gambar hiasan

Kuala Terengganu, 15 Dis - Seorang mekanik yang dipercayai pengedar dadah ditahan polis di Marang bersama-sama 67 botol serbuk putih yang dipercayai heroin seberat 338.36 gram bernilai kira-kira RM27,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Md Tahir Kasim berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di dalam keretanya pada 10.45 pagi Rabu lepas di tepi Jalan Rhu Renggeh, Marang.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, polis turut menjumpai 180 biji pil Erimin 5 dan 90 biji Pil WY (methamphetamine) selain 67 botol heroin itu, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

"Pemeriksaan lanjut kita menjumpai satu botol dadah jenis yang sama disorokkan di dalam seluar dalam yang dipakai suspek serta pihak kita turut menemui dadah tersebut yang disembunyikan di dalam botol produk kesihatan tambahan," katanya.

Katanya polis percaya lelaki yang berasal dari Kuala Terengganu itu aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Marang dan Kuala Terengganu.

Md Tahir berkata polis percaya dadah itu dibawa masuk dari negara jiran dan juga sedang mengenal pasti rangkaian pengedaran dadah itu.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Dengan tertangkapnya suspek ini kita berjaya mematahkan pengedaran dadah di dua daerah iaitu Marang dan Kuala Terengganu," katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek mempuyai enam rekod jenayah berhubung kesalahan dadah.

Katanya suspek yang juga positif Methamphetamine itu direman sehingga 19 Dis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...