Selasa, 3 Jun 2014

Rogol: Polis dihukum penjara, sebat


KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 14 tahun, lima tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim, Mohd Yusoff Yunos terhadap tertuduh Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua balai selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahmad didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu di dalam pejabat Ketua Polis Balai Polis Binjai, di sini, pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof, manakala, tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Sukri Mohamed.

Isnin, 2 Jun 2014

WARGA CINA YANG DICULIK SELAMAT TIBA DI KLIA



Kota Kinabalu - Wanita warga China yang diculik di Singamata Reef Resort, Semporna, 2 April lalu kelihatan sihat ketika diiringi anggota polis memasuki balai pelepasan lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 1 (KKIA1). di sini, pagi se malam. 

Gao Hua Yuan, 29, yang mengcnakan kameja T berwarna putih tiba di lapangan terbang tersebut sekitar jam 5.35 pagi, diiringi tiga anggota polis sebelum kelihatan bergegas ke balai pelepasan yang terletak di tingkat satu terminal itu. 

Sepanjang diiringi ke balai pelepasan. Hua Yuan kelihatan tenang, tetapi terpaksa berlari-lari anak memasuki balai pelepasan selepas melihat kelibat media yang membuat liputan di situ. 

Ahad, 1 Jun 2014

Kes Tembak Ahli Perniagaan: Lelaki Bergelar 'Datuk' Antara Empat Ditahan


KUANTAN, 1 Jun (Bernama) -- Tiga lelaki, termasuk seorang bergelar 'Datuk' dan seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes tembakan seorang ahli perniagaan di Temerloh semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 36 tahun dan wanita terbabit, 22, di sebuah rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada kira-kira 6 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati suspek lelaki merupakan penyewa kenderaan yang digunakan semasa menembak mangsa.

"Susulan tangkapan itu, pada kira-kira 9.45 pagi tadi sepasukan polis berjaya menahan suspek yang dipercayai menembak mangsa di Desa View Tower, Wangsa Maju, Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama malam Ahad.

Sabtu, 31 Mei 2014

13 komando ditahan reman

Gambar hiasan
Kota Kinabalu: Polis mengesahkan sudah menahan suspek utama dan merampas senjata api yang dipercayai digunakan dalam kejadian tembak hingga mengorbankan seorang anggota komando serta mencederakan dua pengawal sebuah pusat hiburan di bandar Lahad Datu, kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, suspek berusia 30-an kini ditahan reman bersama 12 anggota komando lain sehingga 4 Jun depan.
“Turut dirampas 13 laras senjata api, salah satunya dipercayai digunakan dalam kejadian tembak, semalam (kelmarin).
“Suspek yang juga anggota komando ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

JENAYAH YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN !!!

Tangan putus ditetak lelaki bermotorsikal


BACHOK - Seorang lelaki kehilangan tangan kanan akibat ditetak sekumpulan lelaki yang dikenalinya dipercayai akibat dendam lama.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang beralamat di Besut, Terengganu dikatakan menunggang motosikal dari rumah arwah bapa saudaranya menuju ke rumah ibu mentuanya.

“Pada jam 8.45 malam 28 Mei lalu, mangsa yang berusia 43 tahun itu dibawa orang ramai yang melalui lokasi kejadian ke rumah ibu saudaranya dalam keadaan berlumuran darah dan tanpa tangan kanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...