SHAH ALAM:
Seorang lelaki yang juga ahli kumpulan kongsi gelap maut selepas ditembak
individu tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Utama 4, Taman Jaya Utama,
Telok Panglima Garang, Banting, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, mangsa
berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terkena
beberapa das tembakan di bahagian badannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd
Adnan Abdullah, berkata mangsa yang memandu seorang diri dikatakan dalam perjalanan
menuju ke rumahnya selepas bertemu beberapa orang rakan sebelum kejadian.




