Khamis, 7 Januari 2016

TAKTIK TIPU GORES DAN MENANG SEMAKIN CANGGIH

Orang ramai khususnya warga emas dan golongan wanita diminta supaya lebih peka dengan taktik-taktik penipuan sindiket peraduan gores dan menang yang dilihat kembali berleluasa walaupun pelbagai tindakan telah diambil bagi membanterasnya.

Kumpulan sindiket kini dilihat mengubah taktik kepada bentuk lebih canggih malah menyebabkan orang ramai tertipu tanpa disedari.

Polis memandang serius kegiatan jenayah itu malah akan meningkatkan usaha membanteras bagi mengelakkan orang ramai daripada terus terpedaya.


Sumber: Utusan Malaysia

Selasa, 5 Januari 2016

Suspek curi barang kemas RM200,000 ditahan

MARANG - Polis memberkas seorang lelaki berpewatakan wanita dan menemui semula sebahagian besar barangan kemas bernilai kira-kira RM200,000 disyaki dicuri dari sebuah kedai emas di Pekan Bukit Payong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lelaki itu berjaya dikesan melalui penelitian dibuat menerusi rakaman CCTV yang dipasang di premis mangsa.

“Polis juga mendapati suspek terbabit pernah mengunjungi kedai emas itu pada 30 Disember lalu,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini, pada hari ini.

Isnin, 4 Januari 2016

Empat Lelaki Tempatan Menyamar Polis Peras Ugut Warga Asing Ditahan

PUTRAJAYA, 3 Jan (Bernama) -- Polis hari ini menahan empat lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis dengan memeras ugut dan meminta wang tebusan daripada seorang warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata tiga suspek berumur antara 35 dan 47 tahun ditahan di balai pelepasan KLIA, manakala seorang lagi berumur 54 tahun ditangkap di sekitar Jalan Masjid KLIA.

659 kanak-kanak masih hilang

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Sejak lima tahun lepas, sebanyak 9,781 kes kanak-kanak hilang telah dilaporkan di seluruh negara membabitkan 2,280 lelaki dan 7,501 perempuan.

Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, sebanyak 9,122 kes atau 93 peratus berjaya ditemukan semula, namun nasib 659 orang atau tujuh peratus lagi kanak-kanak pula masih belum ketahui.

Berdasarkan Pangkalan Data Statistik Kanak-kanak Hilang Bawah 18 tahun, Polis Diraja Malaysia (PRDRM), sejak 2011 hingga November lepas, bilangan kanak-kanak Melayu hilang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 6,713 kes atau melebihi 60 peratus diikuti lain-lain (1,378), India (1,059) dan Cina (641).

Taktik judi siber di rumah kayu terbongkar

MIRI 3 Jan. Taktik sindiket perjudian siber cuba menyembunyikan kegiatan haram mereka dengan beroperasi di sebuah rumah kayu yang diubah suai di kawasan pedalaman di Batu 42, Jalan Bintulu-Miri, Niah di sini, gagal apabila premis mereka diserbu polis semalam.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada pukul 5.15 pagi itu membawa kepada penahanan 17 lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 40 tahun.

Selain itu, polis turut merampas 18 unit komputer dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian bernilai RM35,000 dan wang tunai RM305 di premis berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...