Jumaat, 20 Mei 2016

Mayat ditemui dalam longkang

BAYAN LEPAS: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam longkang oleh penduduk berhampiran bangunan kedai di Taman Iping, Batu Maung di sini, pagi tadi. 

Mangsa berusia 27 tahun itu ditemui dengan kesan kelar di badan dan kaki kira-kira jam 5 pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razarudin Husain, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menetap di Relau dipercayai terbabit dalam pergaduhan sebelum kejadian. 

"Polis percaya pergaduhan antara mangsa dan suspek mempunyai kaitan dengan masalah wanita atau hutang. "Suspek giat diburu manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 

3 sindiket jenayah komersial lumpuh

SHAH ALAM: Tiga sindiket penipuan membabitkan kes pecah amanah, kad kredit palsu dan pelaburan ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor dengan tertangkapnya 16 individu di negeri ini, pada 16 hingga 18 Mei lalu. 

Ketua JSJK Selangor, Asisten Komisioner Mohd Sakri Ariffin, berkata tangkapan pertama pada 16 Mei lalu membabitkan kes pecah amanah seorang pegawai bank. Katanya, suspek berusia 35 tahun itu dipercayai menipu lebih RM5.4 juta wang milik 32 pelabur sejak tahun 2014. 

"Suspek dikesan melarikan diri ke Chiang Mai, Thailand dan bersembunyi selama setahun sebelum pulang ke tanah air dan ditahan ketika menginap di sebuah hotel di Cheras, kira-kira jam 6 petang, 16 Mei lalu.

Khamis, 19 Mei 2016

STING Tumpaskan Cubaan Hidupkan Semula Sarang Penagihan Dadah Di Langkawi

LANGKAWI, 19 Mei (Bernama) -- Polis menumpaskan cubaan untuk menghidupkan semula sarang penagihan dadah di kawasan Bukit Malut dan Taman Nilam di sini apabila berjaya memberkas 89 individu, empat daripada mereka dipercayai pengedar, dalam operasi khas yang berakhir Rabu malam.

Dalam operasi yang dikenali Op Sarang diketuai Timbalan Komander Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman SAC Arjunaidi Muhamed, polis turut merampas 141.81 gram heroin, 0.64 gram ganja, 84.4 gram syabu, dua biji pil Yaba dan 0.5 liter air ketum.

Isnin, 16 Mei 2016

Polis temui pistol dalam kereta Safee Sali

KUALA LUMPUR - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD), siang tadi.

BHOnline melaporkan, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.


Ahad, 8 Mei 2016

Upacara Penghormatan Terakhir Arwah L/Kpl. Ahmad Sobri Selamat Disempurnakan

Syukur Alhamdulillah. 

Upacara penghormatan terakhir arwah L/Kpl. Ahmad Sobri selamat disempurnakan. Bermula dgn ketibaan jenazah jam 6.23 pagi 8 Mei 2016 di LTSM Kuala Terengganu. 

Dengan dibaluti bendera Sang Saka Biru.. jenazah diusung dengan penuh istiadat dari pesawat TUDM ke van jenazah dan diiringi ke rumah bapa arwah di Kg Bukit Cempaka, Tepoh, Kuala Terangganu untuk disembahyangkan. Turut hadir YAB Menteri BesarTerengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...