Selasa, 13 Jun 2017

TAUKEH JUDI BIAYAI PARTI POLITIK

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi khuatir ada sindiket yang akan menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti-parti politik, terutama semasa pilihan raya umum.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu boleh berlaku jika
kegiatan judi tidak dihapuskan sepenuhnya.
"Ini bukan tuduhan, cuma dikhuatiri (berlaku pembiayaan parti politik)," beliau dipetik sebagai berkata pada program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah masjid di Balik Pulau, hari ini.
Timbalannya di KDN Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye, pegawai-pegawai kanan Bukit Aman dan kontinjen negeri turut hadir dalam acara itu.

Isnin, 12 Jun 2017

KAJI SELIDIK JENAYAH SIBER DAN LOVE SCAM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada masyarakat (responden) berhubung kesedaran mengenai jenayah siber dan 'Love Scam'.
Kedua-dua soalan bagi kaji selidik tersebut boleh dicapai menerusi laman web rasmi JSJK di bawah:
Diharapkan dengan kerjasama yang diberikan oleh anda selaku responden akan dapat membantu pihak polis mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tahap kesedaran mengenai jenayah siber dan 'Love Scam'.

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 11 Jun 2017

Rombakan Besar-besaran Semua Bahagian Lepas Raya - KPN

I
POH, 11 Jun (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan besar-besaran peringkat atasan di semua bahagian di Bukit Aman dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, setakat ini sekurang-kurangnya 20 anggota dari bahagian
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah pun ditukarkan.

"Peringkat bawahan JSJN kita dah mula buat beberapa pertukaran jadi ada sedikit lagi pertukaran kita akan buat.

"Tetapi suka juga saya nyatakan bahawa dalam tempoh terdekat ini PDRM akan membuat rombakan besar di peringkat atas, mungkin selepas raya," katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur Warga PDRM bersama Ketua Polis Negara di sini, hari ini.

Sabtu, 10 Jun 2017

POLIS BURU PARA PENGEDAR DAN PENAGIH DADAH DI MALAYSIA HABIS-HABISAN- PENGARAH JSJN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Taktikal Khas Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman akan terus memburu dan mencari semua pengedar dan penagih dadah dalam negara, kata Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff.

Dato' Sri Mohd Mokhtar berkata, tindakan para pengedar dadah di pelbagai peringkat umur yang dilihat semakin berani mencabar pihak berkuasa terutamanya PDRM, tidak boleh dimaafkan.

"Buat pengedar-pengedar dadah, hentikanlah jenayah ini,
PDRM akan memastikan mereka dicari sampai dapat sama ada cepat atau lambat," ujar beliau dalam sidang media kejayaan JSJN di Dewan Theatrette Bukit Aman, sebentar tadi.

Jumaat, 9 Jun 2017

NIGHT PATROL WITH NATIONAL HERO 5KM FUN WALK

Adakah anda ingin bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Jaguh Badminton Dunia, Dato’ Wira Lee Chong Wei dan Mr Universe, Datuk Sazali Samad dengan lebih dekat?

Ayuh sertai mereka dalam 'Night Patrol With National Hero 5km Fun Walk' pada 22 Julai 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pencegahan jenayah.

Peserta juga berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung oleh Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM), kehadiran ahli bina badan PDRM, Unit Anjing Pengesan K9 dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti anda.

Pendaftaran boleh dibuat di KLIK DISINI

dan 1,000 peserta terawal yang mendaftar akan mendapat tiket bernilai RM120 bagi menyaksikan
'The Fantasy Rainforest' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pendaftaran dibuka sekarang hingga 8 Julai 2017! Jangan lepaskan peluang anda untuk turut sama sertai program ini!!!
Sumber: KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...