Sabtu, 11 Mei 2013

Kedai aksesori telefon bimbit disamun


Kuala Lumpur: Seorang lelaki terpaksa menerima lima jahitan di kepala dan kerugian RM35,000 selepas kedai aksesori telefon bimbit miliknya di Jalan Raja Laut, di sini, disamun Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, Looh Boon Hing, 41, turut mengalami kecederaan di tangan kiri selepas diserang dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang.
Beliau berkata, ketika kejadian, dia sedang melayan dua pelanggan yang ingin membeli telefon bimbit sebelum masuk ke dalam stor untuk mengambil barang.

Jumaat, 10 Mei 2013

TAN SRI ISMAIL OMAR BERSARA WAJIB 17 MEI 2013


PDRM memandang serius tentang penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara yang dikatakan ekoran desakan dari parti politik. Kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu fitnah.

Hakikatnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei 2013 dan majlis persaraan beliau akan diadakan pada 16 Mei 2013 ini.

Keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial. Ini juga adalah fitnah yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Polis siasat penganjur, pemimpin PR di perhimpunan stadium Kelana Jaya


SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan memanggil penganjur perhimpunan membantah keputusanpilihan raya umum ke-13 di Stadium Kelana Jaya, dekat sini malam tadi bagi membantu siasatan.
Beliau berkata selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu. 
Katanya 28 daripada 33 pemimpin pakatan yang berucap pada perhimpunan itu didapati memberi ucapan berbau hasutan, yang menyalahi Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Khamis, 9 Mei 2013

Polis Johor buat laporan difitnah

JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor menjadi mangsa fitnah apabila dituduh menggunakan trak miliknya untuk membawa pengundi hantu warga asing ke pusat pengundian, Ahad lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff turut mengesahkan, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan siasatan lanjut kini dilakukan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) terbabit yang mengeluarkan berita palsu itu. 

"Fitnah itu didakwa berlaku di Batu Pahat, ia tidak berasas sebaliknya hanya mencemarkan kredibiliti PDRM.

Lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat

Gambar hiasan
NIBONG TEBAL: Seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun, di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mangsa dihampiri seorang lelaki yang memakai topi keledar kira-kira jam 11 malam dan melepaskan dua das tembakan ke arahnya. 
Beliau berkata tembakan itu mengenai kepala lelaki berusia 43 tahun itu dan dia dihantar ke Hospital Sungai Bakap, di sini sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...