Jumaat, 18 Julai 2014

TAHNIAH PPM WILAYAH 2 BERJAYA MENAHAN 114 PATI DENGAN SELAMAT !!!

KECEKAPAN SERTA SOP YANG BETUL BERJAYA MENYELAMATKAN NYAWA 114 PATI DALAM DRAMA KEJAR MENGEJAR SELAMA 20 MINIT.


Kota Tinggi,17 Julai - Sebuah bot pancung yang menggunakan 5 buah enjin 200 HP telah berjaya ditewaskan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Pengerang pada jam 2.30 pagi tadi.


Dalam Ops Cantas Khas ( Perairan ) ini, seorang tekong laut warga Indonesia yg paling di kehendaki oleh PPM W2 telah ditangkap di Perairan Sg. Che Minah, Bdr. Penawar, Kota Tinggi, Johor,bersama 114 orang pati.


Polis Buru Individu Menyamun Dengan Menyamar Pekerja Agensi Kerajaan Dan Swasta


NIBONG TEBAL, 17 Julai (Bernama) -- Polis telah mengenal pasti beberapa individu yang menyamar sebagai pekerja agensi kerajaan dan swasta sebelum menyamun warga emas serta suri rumah yang tinggal di kawasan kampung di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata sekurang-kurang lapan lelaki berusia lingkungan 20-an dikenal pasti aktif menjalankan kegiatan itu di sekitar Seberang Perai Selatan (SPS), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU).

"Mereka yang menaiki motosikal serta berpakaian kemas itu menyasarkan warga emas dan wanita yang tinggal seorang diri di rumah ketika waktu kerja. Suspek akan ke rumah mangsa dengan menyamar sebagai pekerja dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau sebagainya bagi membolehkan mereka masuk ke dalam rumah.

Saman Maksimum RM300 Kepada Pengguna Laluan Kecemasan Di Lebuh Raya


Saman Maksimum RM300 Kepada Pengguna Laluan Kecemasan Di Lebuh Raya


KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pemandu yang didapati menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya di seluruh negara akan dikenakan denda maksimum RM300, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata kesalahan itu antara yang akan diutamakan oleh pihak berkuasa.

"Berdasarkan pengalaman, (apabila ada pemandu guna laluan kecemasan) kami mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja menyelamat jika berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Ops Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri, di sini Khamis.

Khamis, 17 Julai 2014

Ahli Judi Profesional Ditahan Di Las Vegas



LAS VEGAS: Empat rakyat Malaysia antara lapan orang yang ditangkap di sini berhubung rangkaian aktiviti perjudian haram membabitkan pertaruhan berjuta-juta dolar dalam perlawanan Piala Dunia.


Keempat-empat mereka ditahan bersama-sama dengan empat yang lain dari Hong Kong dan China kerana didakwa melakukan beroperasi rangkaian perjudian haram, lapor South China Morning Post.

Phua Wei Seng, 50, bekas pengendali perjudian kelas atas (junket) di Sands Casino Macau, dituduh bersama yang lain menjalankan satu skim yang menjalankan pertaruhan melalui Wi-fi dan talian DSL dengan meminta pekerja kasino memasangnya di suite mereka di Caesars Palace di sini.

Rakyat Malaysia lain ditahan adalah anak kepada Phua Darren Wai Kit, 22, Yong Seng Chen, 56, dan Yong Wai Kin, 22.

Polis Akan Ambil Tindakan Terhadap Pembuli Jalan Raya Di Kuantan


KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap perempuan yang didakwa melakukan penderaan lisan dan beberapa kali memukul kenderaan seorang lelaki tua dengan kunci stereng selepas kereta Peugeot baharunya terbabit dalam kemalangan kecil.

Insiden yang berlaku di Kuantan itu telah dirakam dan dikongsi di YouTube oleh pemandu berhampiran yang berada di tempat kejadian. 

Mengulas mengenai video tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan wanita itu adalah 'tidak boleh dimaafkan'. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...