Jumaat, 21 Julai 2017

Polis, Wanita Vietnam Ditemui Mati Dengan Kesan Tembak

PETALING JAYA: Seorang anggota polis dan seorang wanita warga Vietnam ditemui mati di bilik sewa di Taman Bukit Ria, Cheras pada Jumaat.

Koperal Ng Jun Ming, 25, yang merupakan anggota dari Bahagian Siasatan Khas Bukit Aman ditemui terbaring di atas tilam di bilik utama pada pukul 10.30 pagi.

Dia ditemui bersebelahan mayat seorang wanita sambil memegang pistol semi-automatik, dikenal pasti sebagai Vo Thi Duyen.

Kedua-dua mayat ditemui dengan kesan tembakan di kepala.

Terdahulu, abang Jun Ming menghubungi rakan setugas adiknya selepas dia tidak dapat dihubungi sejak tiga hari lalu dan meminta untuk memeriksanya di rumah.

Tiga rakan setugasnya kemudian datang ke rumah sebelum menemui mayat Jun Ming.


Baca lebih lanjut di KLIK DISINI

Rabu, 12 Julai 2017

PDRM SIAPSIAGA TANGANI JENAYAH SEIRING PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Seri Kembangan, 12 Julai 2017 - “Dari aspek keselamatan dan keamanan, telah wujud pelbagai cabaran yang hebat sama ada jenayah baru ataupun jenayah tradisional yang dilakukan dengan menggunakan teknologi baru dan menjadi semakin kompleks dimana penipuan dan pemalsuan dilakukan atas talian dengan penggunaan teknologi terkini,” ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam Majlis Perasmian Seminar Perkembangan Terkini Dalam Undang-undang Di Malaysia dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertama International Islamic University Malaysia (IIUM) Alumni – RMP Chapter di Philea Mines Beach Resort, di sini, hari ini.

Menurut beliau, ianya menjadi semakin kritikal dengan permasalahan utama seperti pengganas Daesh yang melakukan radikalisasi melalui media sosial.

Isnin, 10 Julai 2017

RUSUHAN GANAS DI KLCC

KUALA LUMPUR - Kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini gempar apabila sekumpulan lelaki secara tiba-tiba ‘merusuh’ serta mencetuskan kekecohan dengan membaling botol ke arah orang ramai yang berada di kawasan itu.

Lebih 20 lelaki berpakaian hitam, bertopeng dan mengibar bendera merah berada di kawasan tumpuan pelancong itu kira-kira 10 pagi dan dilihat memaki hamun pihak polis serta pengawal keselamatan apabila diminta bersurai secara aman.

Mereka turut bertindak merempuh dan memukul anggota polis sebelum anggota pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Bagaimanapun, insiden selama satu jam itu hanyalah latih amal Ex-Rimau 2017 yang diadakan di KLCC sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsung bulan depan.

Jumaat, 30 Jun 2017

OP SELAMAT 11/2017: APA ISTILAH YANG SESUAI DIBERIKAN KEPADA PEMANDU YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI?

Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang mementingkan diri sendiri dengan memandu di lorong motosikal bagi mengelak jalan sesak menerima padah apabila dia ditahan polis jam 12.15 tengahari semalam di Lebuhraya Persekutuan dekat Sungai Way, Selangor.

Suspek yang berusia 31 tahun itu bertindak 'gila' apabila tidak bersabar berhadapan dengan jalan sesak dan membahayakan nyawa pengguna motosikal lain.

Dia telah disaman mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Berita lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro

Ahad, 25 Jun 2017

IS Ugut Bunuh Pegawai Kanan Polis

KUALA LUMPUR: Kumpulan militan IS telah mengeluarkan ancaman terbaru terhadap Malaysia dan pasukan keselamatan di negara ini.

Sasaran utama mereka adalah Ketua Penolong Pengarah Anti Pengganas, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ayob Khan.

Difahamkan kumpulan militan itu telah meminta rakan sel mereka di Malaysia untuk melancarkan serangan terhadap Ayob yang dilihat sebagai ancaman utama aktiviti penganas di rantau ini.

Mesej yang tular di media sosial berbunyi:" Di Malaysia negara yang udah dibawah Khilafah ada satu nama polis AYOB KHAN ... dia kerja dengan pemerintah thogut ... dia juga orang yang tangkap askar khilafah di Malaysia ... semua ikhwan khilafah yang ada di Malaysia bangun sekarang dan habiskan AYOB KHAN orang yang mau lawan dengan KHALIFAH ABU BAKAR AL BAGHDADI."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...