Rabu, 16 Mei 2012

Pegawai polis hilang pistol


Image Detail
KUALA LUMPUR 14 Mei - Jenayah tidak mengenal mangsa. Itulah nasib menimpa seorang pegawai polis berpangkat Deputi Supritendan apabila beliau menjadi mangsa ragut dua lelaki bermotosikal di hadapan sebuah restoran di Seri Kembangan dekat sini kelmarin.

Beliau yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, menjadi sasaran peragut semasa berjalan di hadapan restoran berkenaan selepas selesai menikmati makan malam bersama ahli keluarganya kira-kira pukul 10.15 malam.

Dalam kejadian tersebut, pegawai berusia 35 tahun itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila dua lelaki bermotosikal meragut beg yang dibawanya sebelum memecut laju melarikan diri.

Beg tersebut mengandungi satu iPad yang baru dibeli dan sepucuk pistol jenis Walter automatik bersama kelopak peluru yang masih berisi 10 butir peluru.

Insiden ragut itu kemudian dilaporkan oleh pegawai terbabit sejurus selepas kejadian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...