Isnin, 23 Julai 2012

Dialog Dengan POLIS Akan Diadakan


KLUANG – Apabila pendedahan yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan berhubung kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini, satu dialog bersama Ketua Polis daerah ini akan diadakan.

Menurut Khairul Faizi Ahmad Kamil, Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang, Musa mendakwa kadar jenayah yang telah meningkat dan menggesa fakta sebenar itu tidak disembunyikan kepada orang ramai.

”Jadi, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Musa itu maka Pakatan Rakyat (PR) bertindak menjalankan tinjauan di daerah Kluang bagi melihat kadar jenayah di daerah ini

”Hasilnya kami mendapati di daerah ini terdapat banya kes yang dibuat laporan Polis tetapi belum diambil tindakan susulan oleh Polis.

”Bagaimanapun, kamu sedang mengumpulkan maklumat, malah kami telah membuat keputusan pada dua hari lepas bahawa kami mahu adakan satu dialog di antara Ketua Polis daerah Kluang bersama dengan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, keberkesanan laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah sebagai dorongan agar program dialog itu diadakan.

”Maka kita akan minta supaya semua dapat menghubungi kami di Sekretariat Pakatan Rakyat Kluang atau boleh datang sendiri ke pejabat kami di Jalan Mersing malah, program dialog itu kami akan adakan dalam masa terdekat ini.

”Hal ini kerana kami melihat bahawa isu keselamatan ini bukan satu perkara kecil jadi, PR Kluang telah membuat keputusan akan memaklumkan kepada pihak Polis dan surat akan dihantar kepada Ketua Polis daerah Kluang dalam masa terdekat ini,” katanya lagi.

Sumber:selatanonline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...