Jumaat, 31 Ogos 2012

Kedai Emas Di Kuala Besut Kerugian RM250,000 Setelah Dipecah Masuk Pencuri

Gambar Hiasan

BESUT, 30 Ogos (Bernama) -- Pencuri memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Semerak, Kuala Besut dan melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM250,000 semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kedai emas itu disedari dipecah masuk pada pukul 7.15 pagi semalam.

"Seorang jiran perniagaan kedai emas itu yang kebetulan mahu memulakan perniagaan ternampak pintu belakang kedai berkenaan ditebuk dan terus memaklumkan kepada anak tuan punya kedai itu," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata polis percaya kejadian pecah masuk itu berlaku antara 9 malam Selasa dan awal pagi Rabu dan modus operandi mungkin dijalankan oleh sekumpulan pencuri.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sekeping daripada tingkap bahagian dapur kedai berkenaan turut ditanggalkan dan peti besi yang mengandungi barang kemas di dalam kedai tersebut turut ditebuk oleh suspek," katanya.  BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...