Isnin, 6 Ogos 2012

Lelaki ditemui hangus mati kena tetak di dahi

Gambar hiasan

SHAH ALAM: Kematian seorang lelaki yang ditemui hangus dibakar di Tanah Perkuburan Islam Padang Jawa, di sini, kelmarin, berpunca daripada tetakan kuat pada dahi mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman berkata, hasil bedah siasat juga mendapati mangsa ada kesan luka di belakang kepala.


“Polis percaya mangsa ditetak menggunakan senjata tajam sebelum dibakar, dipercayai bertujuan menghapuskan bukti.



“Siasatan juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan ditimbun dengan kayu dan dibakar dengan minyak petrol,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Mazlan berkata, siasatan juga mendapati mangsa adalah warga asing kerana tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada tangan kiri mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...