Selasa, 4 September 2012

Perompak ‘baik hati’


GEORGETOWN: Selepas dimaklumkan hanya mempunyai RM40 dalam beg tangannya, seorang lelaki mengambil RM20 dan telefon bimbit sebelum menyerahkan semula beg tangan itu kepada mangsanya.

Bagaimanapun, suspek yang cuba melarikan diri selepas merompak mangsa dalam kejadian di Jalan Perak, semalam, ditahan polis tidak lama kemudian. 


Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, 30-an, seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister, berjalan bersendirian ke tempat kerjanya sebelum dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal. 

Selepas merompak wang dan telefon bibit mangsa, suspek cuba melarikan diri dan secara kebetulan sebuah kereta peronda polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...