Ahad, 7 Oktober 2012

Peratusan kebimbangan orang ramai terhadap jenayah masih tinggi, kata KPN


PERINGKAT ATASAN BAGI NAK GILA MEMPERKENALKAN BERBAGAI-BAGAI CARA UNTUK MENGURANGKAN JENAYAH, TAPI PERINGKAT YANG MELAKSANAKANNYA.....BAGAIMANA ???
KUALA LUMPUR, 6 Okt —  Ketua polis negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar mengakui kebimbangan orang ramai terhadap jenayah masih tinggi ketika ini.
Dalam laporan di Utusan hari ini, Ismail berkata berdasarkan kajian terbaru Sistem Laporan Polis (PRS) ke atas kadar kebimbangan orang ramai masih pada tahap 54.6 peratus dan berharap untuk menurunkannya kepada 45 peratus menjelang akhir tahun ini.
"Sasaran kita ialah mahu menurunkannya kepada 45 peratus hingga akhir tahun ini," kata Ismail.
Ismail turut menegaskan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berhadapan misi besar terutamanya bagi menghilangkan persepsi masyarakat terhadap rasa takut terhadap jenayah.
Bagi mengatasi permasalah tersebut, Ismail mencadangkan untuk melantik guru, doktor, ahli perniagaan dan orang perseorangan yang mempunyai reputasi baik dalam masyarakat untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Polis (PVR).
"Melalui NKRA fasa kedua saya rasa kami perlu lagi menambah baik usaha-usaha untuk terus kurangkan jenayah dan bagaimana mahu menghilangkan persepsi masyarakat terhadap rasa takut pada jenayah," tambah Ismali lagi.
Dalam wawancara tersebut juga, KPN mendedahkan satu jabatan baru di ibu pejabat polis Bukit Aman yang bertanggungjawab memantau laporan-laporan negatif yang disiarkan dalam media sosial.
"Pasukan pemantau terdiri daripada pegawai-pegawai di Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat yang akan menghantar laporan kepada saya setiap hari.
"Kami akan pantau semua kenyataan negatif yang disiarkan dan memikirkan strategi untuk mengatasinya," kata Ismail.
Pihak berkuasa ketika ini bergelut terutamanya untuk menepis persepsi negatif daripada orang ramai terhadap kadar jenayah di negara ini, terutamanya melibatkan kes-kes serangan, rompakan dan penculikan yang semakin menjadi-menjadi kebelakangan ini.
Pembangkang dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil juga bertindak mempertikaikan statistik jenayah yang dikeluarkan oleh pihak polis dan keberkesanan agensi kerajaan unit Pemandu dengan mendakwa data telah dimanipulasi untuk memberikan gambaran palsu bahawa kadar jenayah telah menurun.
Namun, pihak berkuasa mempertahankan statistik tersebut dengan pendirian mengatakan kadar jenayah menurun, sebagai buktinya ialah Malaysia merupakan salah satu daripada 20 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI). — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...