Selasa, 27 November 2012

Menangani Persepsi Rakyat Terhadap Integriti Agensi Penguatkuasaan

PUTRAJAYA - Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan  membudayakan integriti sebagai amalan hidup dan menangani persepsi rakyat terhadap agensi penguatkuasaan melalui penganjuran sambutan Hari Integriti Nasional dan Konvensyen Integriti Nasional tahun 2012 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dihadiri oleh wakil- wakil dari agensi- agensi penguatkuasa, agensi kerajaan dan NGO.

Pengerusi Institut Integriti Malaysia merangkap Ketua Setiausaha Negara, Dato Sri Ali Hamsa melalui perutusan beliau berkata, Konvensyen Integriti Nasional 2012 ini amat tepat pada masanya kerana kerajaan sedang berusaha untuk membawa transformasi kepada semua sektor masyarakat termasuk perkhidmatan awam. Beliau percaya usaha IIM dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan serta SPRM untuk 'Menangani Persepsi Rakyat Terhadap Integriti Agensi Penguatkuasaan' yang menjadi tema konvensyen ini akan membuahkan hasil terutama debgan kerjasama erat semua agensi penguatkuasaan yang terlibat.

Sejajar dengan ucapan aluan yang telah disampaikan oleh Datuk Helilliah Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang membawa maksud, semua pihak secara keseluruhannya perlu meningkatkan komitmen serta kerjasama yang optimum kepada Suruhanjaya agar kepercayaan serta persepsi yang positif terhadap agensi- agensi penguatkuasaan dapat dikembalikan. Persepsi masyarakat amat penting dalam menentukan tahap integriti perkhidmatan dan sistem penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya.

Forum bertajuk' Penguatkuasaan Berintegriti: Halangan dan Cabaran' telah menampilkan panel YBhg. Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, mantan Datuk Bandar,DBKL, YBhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia ( MCPF) dan YBhg Dato Khazali Hj Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia dan Cik Nor Afizah Hanum Mokhtar Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan selaku moderator.

Peserta - peserta Konvensyen juga berpeluang memberi input serta membincangkan dengan lebih lanjut mengenai  penguatkuasaan yang lebih berintegriti dan effektif melalui 6 sesi bengkel yang diadakan secara serentak dengan tajuk- tajuk seperti; Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia, ke arah koordinasi penguatkuasaan yang lebih berkesan, campurtangan ghaib isu dan penyelesaian, isu kelewatan dan tiada tindakan, penguatkuasaan berpilih dan tidak mesra pelanggan dan isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Pembentangan resolusi selepas bacaan ikrar integriti Malaysia yang merupakan acara kemuncak bagi Konvensyen ini merumuskan hasil perbincangan serta cadangan sesi bengkel dikalangan peserta.

 Antara aktiviti- aktiviti sampingan yang turut diadakan sempena sambutan Hari Integriti Nasional adalah seperti Pameran IIM dan agensi- agensi Penguatkuasaan sepanjang hari, acara-acara

Perasmian penutup oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz Menteri di J bersama pelajar sekolah , Kuiz integriti dan pertandingan.abatan Perdana Menteri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...