Ahad, 2 Disember 2012

Premis barangan logam, servis kereta dipecah masuk

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sebuah kedai menjual barangan logam dan servis kereta yang berselang 10 pintu antara satu sama lain di Jalan Bakawali 39, Johor Jaya mengalami kerugian kira-kira RM20,000 selepas dipecah masuk awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 pagi itu, sekumpulan lelaki dipercayai memasuki premis berkenaan melalui bumbung sebelum memutuskan bekalan eletrik bagi memastikan kamera litar tertutup tidak berfungsi.
Salah sorang pemilik, Chong Fuh Hock berkata, beliau terperanjat apabila mendapati semua dokumen di dalam premisnya berselerak, ketika tiba untuk membuka perniagaan pada 8 pagi.
Peti besinya turut dipecah.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...