Sabtu, 12 Januari 2013

PENYOKONG DAP BAKAR KENDERAAN JPJ!


Empat cedera parah manakala 21 lagi cedera apabila sepuluh kenderaan terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 12 Jalan Ipoh-Lumut dekat Ayer Tawar, Sitiawan, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Ahmad Mat Isa, berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah dikenali sebagai Fatimah Abd Rahman, 44 dan Wong Lan Chang, 69. 

Menurutnya, identiti dua orang mangsa masih lagi sedang dikenalpasti. 

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari apabila sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dinaiki tiga orang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung berhenti di persimpangan lampu isyarat di Pekan Ayer Tawar berhampiran Sekolah Menengah Methodist. 

“Semasa menunggu lampu hijau, tiba-tiba sebuah lori yang membawa muatan kelapa sawit dari arah Ipoh telah melanggar kenderaan JPJ berkenaan. 

“Selepas itu pegawai berkenaan keluar dari kenderaan, orang ramai mula menyerbu mereka menyebabkan anggota berkenaan bertindak melarikan diri kerana khuatir dicederakan orang ramai,” katanya. 

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati kenderaan JPJ telah cuba diterbalikkan dan dibakar tetapi berjaya diselamatkan pihak bomba. 

Beliau berkata, seramai 25 mangsa terlibat dalam kemalangan berkenaan dan ke semua mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut. 

Menurutnya, antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu ialah dua lori tiga tan, dua bas sekolah yang tidak mempunyai penumpang, lima kereta dan sebuah motosikal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...