Jumaat, 19 April 2013

Pemandu Teksi Laku Seks Oral & Rompak Penumpang Dipenjara 48 Tahun, 11 Sebatan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara berjumlah 48 tahun dan 11 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan seks oral dan merompak dua penumpangnya di dalam teksi tiga tahun lepas.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap dua pertuduhan seks oral dan dua pertuduhan merompak yang dihadapi M.Saravanan, 30.
Bagi setiap pertuduhan melakukan seks oral, dia dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lima sebatan dan penjara 15 tahun dan empat sebatan manakala bagi setiap pertuduhan merompak, hukuman penjara lapan tahun, satu sebatan dan sembilan tahun, satu sebatan.
Bagaimanapun, Saravanan hanya perlu menjalani hukuman penjara 16 tahun sahaja selepas Emelia Kaswati memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap 16 Jun 2011.
Beliau turut memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polisselama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara itu. Pada 5 April lepas, tertuduh dipenjara 12 tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk mencabul dan menyamun penumpangnya.
Dia kini dipenjarakan di Penjara Kajang.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Saravanan didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 29 tahun dan merompak wang tunai RM350, dua telefon bimbit dan seutas rantai emas putih milik wanita itu di dalam sebuah teksi di Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park di sini antara 1.50 pagi dan 3 pagi pada 19 Julai lepas.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 27 tahun dan merompak wang tunai RM1,700, komputer riba, telefon bimbit dan kamera milik wanita itu di dalam sebuah teksi di sebuah kawasan berdekatan Jalan Sultan Salahuddin, Off Jalan Mahameru di sini antara 7.30 malam dan 9 malam pada 9 Julai 2010.
Bagi pertuduhan melakukan seks oral, dia didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan manakala bagi pertuduhan merompak mengikut Seksyen 372 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda dan sebat. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling memohon hukuman berat dikenakan terhadap Saravanan kerana mengambil kesempatan terhadap penumpangnya.
"Perbuatan tertuduh menjejaskan imej pemandu teksi di Malaysia serta menjejaskan imej keselamatan negara di kalangan rakyat tempatan dan pelancong," katanya. -BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...