Ahad, 28 April 2013

Polis Terengganu Pandang Serius Tayangan Video Seks Secara Terbuka


KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab menayangkan video seks secara terbuka bagi tujuan politik di markas mahupun pada ceramah yang dianjurkan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata polis tidak akan berkompromi dengan perbuatan itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya segera melaporkannya.
Polis sedang giat memantau markas parti politik yang dipercayai membuat tayangan video itu secara terbuka, katanya kepada pemberita.
Manoharan berkata jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah.
Sebelum ini, Penolong Setiausaha Agung PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi meminta polis mengambil tindakan segera terhadap pihak yang membuat tayangan video seks secara terbuka di markas parti politik.-BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...