Sabtu, 18 Mei 2013

ELAKKAN ANAK ANDA DARIPADA MENJADI MANGSA CULIK.


TIPS ELAKKAN ANAK ANDA DARIPADA MENJADI MANGSA CULIK.

Rentetan daripada beberapa kes kejadian culik kanak-kanak yang berlaku sejak akhir-akhir ini, Polis Pahang sisipkan beberapa tips-tips bagi mengelakkan anak anda daripada menjadi mangsa kejadian culik :

1) Katakan TIDAK!!

Kebiasaannya, orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkan gula-gula dan hadiah atau mereka-reka cerita untuk menarik perhatian kanak-kanak. Nasihatkan anak anda untuk katakan tidak atau tolong jangan ganggu saya dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin. Jangan mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran ibu bapa.

2) Nombor Telefon

Pastikan anak anda menghafal nombor-nombor penting seperti nombor telefon rumah / nombor telefon bimbit anda. Ini dapat membantu sekiranya anak ini hilang atau terpisah daripada keluarga.

3) Pakai Pakaian Berwarna Cerah

Pakaikan pakaian yang berwarna cerah atau yang senang dikenali oleh ibu bapa. Ini akan memudahkan anda mencari mereka ketika berada di tengah-tengah kelompok orang ramai terutamanya di pusat membeli belah. Warna yang dicadangkan adalah warna terang seperti oren, merah, kuning dan sebagainya.

4) Jerit Untuk Minta Bantuan

Ajar anak anda sekiranya ada orang menariknya menaiki kereta atau memasuki bangunan secara paksa, jeritlah sekuat hati; “tolong! Saya tidak kenal orang ini!” penculik tidak dapat bertindak sekiranya ramai orang yang memerhati.

5) Sentiasa Berteman

Keselamatan kita lebih terjamin sekiranya kita didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan. Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan. Jadi, jangan biarkan anak anda tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa, kakak, abang atau kawan-kawan boleh dijadikan teman (buddy).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...