Ahad, 19 Mei 2013

KEJADIAN PERGADUHAN DI KAWASAN BALAI POLIS LABIS

YDH Timbalan Ketua Polis Johor, Dato' Ismail Bin Yatim menyampaikan Sidang Media 

Pada 18 Mei 2013 11.40 pagi, Pengadu satu lelaki Melayu berumur 31 tahun membuat laporan polis menyatakan pada 18 Mei 2013 jam 11.00 pagi semasa sedang memandu keretanya di kawasan jalan Segamat – Labis, kereta pengadu telah ditahan oleh satu lelaki Cina yang tidak dikenali. 

Pengadu dan rakannya telah keluar dari kereta dan tiba-tiba telah datang satu lelaki Cina yang lain yang dikenali telah menetak kawan pengadu menggunakan parang serta mengalami kecederaan di bahagian belakang badan. 

Pengadu kemudian bersama seorang lagi rakannya yang bekerja sebagai anggota polis di Pasukan Gerakan Am Bakri, Muar. Berumur 47 tahun dan isterinya telah pergi ke Balai Labis untuk membuat laporan polis.

Ketika berada di Balai Polis, sekumpulan lelaki Cina, salah seorangnya dikenali turut datang ke Balai Polis bertujuan membuat laporan polis berkenaan insiden yang sama. 

Ketika itu telah berlaku pergaduhan antara anggota polis tadi dengan lelaki Cina yang dikenali, masing-masing bersenjatakan parang dikawasan belakang Balai Polis Labis. Anggota polis yang bertugas di Balai Polis Labis telah meleraikan pergaduhan dan bantuan ambulans turut dipanggil. 

Anggota polis tersebut telah mengalami kecederaan pada kaki kanan (patah) dan dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan. Kejadian ini adalah satu kejadian yang terpencil dan tiada membabitkan dengan mana-mana kumpulan dan merupakan satu kejadian perselisihan faham diantara dua orang yang pernah bersahabat satu ketika dahulu. 

Tindakkan mahkamah serta tindakan tatatertib akan diambil apabila siasatan selesai dijalankan. Keadaan keseluruhan adalah dalam kawalan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...