Selasa, 21 Mei 2013

KUMPULAN PECAH MESIN ATM BERGERAK AKTIF ??

Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM

IPOH 20 Mei - Tiga penjenayah yang menggunakan tukul besi untuk memecahkan mesin pengeluaran automatik (ATM) sebuah bank di Chemor di sini awal pagi ini hampa setelah mereka gagal melarikan wang daripada mesin tersebut.

Meskipun berjaya membuka pintu bahagian bawah mesin ATM setelah mematahkan pemegangnya, penjenayah itu `mati akal’ apabila tidak dapat mencapai kotak wang dalam mesin berkenaan.

Cubaan mereka menarik kotak besi mesin tersebut menggunakan tali yang diikat pada kenderaan yang dipandu salah seorang suspek dari luar premis itu juga gagal.

Akibat gagal mengambil wang berkenaan setelah mencuba beberapa kali, suspek akhirnya beredar dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Sum Chang Keong berkata, kejadian hanya disedari oleh kakitangan bank berkenaan kira-kira pukul 8 pagi yang kemudian membuat laporan polis.

“Berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di tempat kejadian, tiga suspek itu memakai topeng dan baju lengan panjang untuk mengelak daripada identiti mereka dikesan.

“Rakaman itu juga menunjukkan hanya dua suspek berada berdekatan mesin ATM . Salah seorang daripada mereka memegang tukul besi manakala suspek ketiga dipercayai berada di luar premis," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini. - UTUSAN ONLINE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...