Khamis, 3 April 2014

POLIS BURU LELAKI ROGOL ADIK KANDUNG OKU



Kuantan, 2 April - Polis sedang mencari seorang lelaki yang dipercayai merogol adik kandungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam di rumah ibu bapanya di Felda Keratong 4, Rompin pada 25 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata, kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika kedua ibu bapa mereka tiada di rumah.

"Abang kandung mangsa telah memaksanya untuk masuk ke bilik sebelum mengikat tangan mangsa pada katil lalu merogolnya.

"Mangsa turut diugut supaya merahsiakan perbuatannya itu, namun pada keesokannya barulah mangsa memaklumkan perkara itu kepada ayahnya selepas abangnya keluar daripada rumah," katanya.

Menurutnya ini merupakan kejadian kedua selepas kali pertama mangsa, 31 dirogol 10 tahun yang lepas.

Mangsa yang telah berkahwin kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tun Razak, Muadzam Shah pada 28 Mac lepas ditemani kedua ibu bapanya.

Berikutan itu, polis kini sedang mengesan Mohd Khairi Idris, 38, bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Siasatan awal polis mendapati, suspek seorang penganggur mempunyai rekod jenayah berhubung kes penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramau yang mengenali suspek supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...