Sabtu, 26 Julai 2014

10 Daerah ESSZONE jadi keutamaan

Semporna: Keselamatan 10 daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) perlu dijadikan keutamaan semua pihak bagi memastikan tiada lagi kemasukan anasir luar.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya memahami perintah berkurung dilaksanakan tidak mendapat sokongan 100 peratus masyarakat, namun isu pertahanan tetap menjadi keutamaan. 
“Kami faham dan ia bukan mudah dilaksanakan termasuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat, namun ketegasan perlu ada dalam melaksanakan perintah ini. 

“Kerajaan faham nelayan banyak bergantung kepada hasil tangkapan di laut, bagaimanapun keselamatan diri dan negara tetap menjadi keutamaan.

“Kami bukan mahu menghalang mereka daripada meneruskan kehidupan nelayan, tetapi apa yang penting adalah mereka perlu maklumkan lebih awal sekiranya ke laut pada waktu malam,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan menyerahkan sumbangan kepada anggota keselamatan di Pulau Mabul, dekat sini, semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...