Jumaat, 25 Julai 2014

83 Pegawai Kanan PDRM Bertukar, Naik Pangkat


KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis mengumumkan pertukaran 83 pegawai kanan polis, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Bukit Aman hari ini, antaranya, Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak SAC Datuk Dr Chai Khin Chung dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, dengan memangku pangkat DCP.

SAC Datuk Pahlawan Zakaria Yusoff pula, yang sebelum ini merupakan Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM, Kuala Lumpur dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah yang baharu.

Sementara, SAC Datuk Hashim Abd Jalil yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Integriti (Tatatertib), Bukit Aman sebelum ini, telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu.


SAC Datuk Rosli Ab Rahman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan yang baharu, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Perolehan/Pusat bekalan Persenjataan) Jabatan Logistik, Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, ACP Zainuddin Ahmad pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dengan memangku pangkat SAC.

ACP Mohan Singh Tara Singh yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur turut dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Selangor dengan memangku pangkat SAC.

ACP Salehudin Abd Rahman pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Sabah dengan memangku pangkat SAC, yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Melaka Tengah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah Supt Chandrasehkaran Muthu turut dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu yang baharu dengan memangku pangkat ACP.


Sementara, Supt Hamzah Ahmad pula, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Supt Pengajian Sains Tugas Am dan Trafik, Maktab PDRM Kuala Lumpur dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Sabah dengan memegang pangkat ACP.

Penolong Pengarah (Kepolisan Am/Dasar) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sandakan, Sabah dengan memangku pangkat ACP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...