Khamis, 3 Julai 2014

AWAS !!! PENIPUAN PAKEJ HAJI DAN UMRAH



SCAM ALERT: Pakej Haji dan Umrah dengan harga yang murah bukan satu jaminan bahawa perkhidmatan yang bakal diterima akan memuaskan hati dan menepati apa yang dijanjikan. Berhati-hati dengan sesetengah agensi pelancongan yang menjanjikan bulan dan bintang namun akhirnya ia berakhir dengan penipuan.


Antara modus operandi yang digunakan:

1. Ejen dan syarikat pelancongan menawarkan pakej umrah harga runtuh untuk menarik minat mangsa.
2. Mangsa yang berminat akan membuat pembayaran seperti yang ditawarkan dalam pakej tersebut. 
3. Mangsa dijanjikan dengan urusan dan kemudahan yang lengkap sepanjang menunaikan ibadah umrah.
4. Mangsa menyedari tertipu apabila tiba pada hari yang dijadualkan bertolak, ejen tidak muncul di lapangan terbang. 


Nasihat Polis:

1. Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada berurusan dengan orang tengah sebaliknya berurusan terus dengan pejabat agensi pelancongan yang sah.
2. Orang ramai boleh menyemak senarai agensi pelancongan yang bertauliah dan berdaftar dengan Tabung Haji sebelum menerima tawaran yang diberikan.
3. Jangan mudah terpedaya dengan pakej tawaran mengerjakan umrah dengan harga murah terutama di bawah RM4,000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...