Selasa, 9 September 2014

Suspek ditahan bersama dua bom kawalan jauh


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dikehendaki polis bersabit kes jenayah lampau ditahan bersama dua butir bom kawalan jauh buatan sendiri di Taman Usahawan, Kepong di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 1.30 petang itu, suspek berusia 30-an yang mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau turut mencederakan seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui sebutir bom asap, sepucuk pistol tiruan dan sebilah pisau di dalam kenderaan suspek.

Menurutnya, suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 8 akta bahan letupan 1957 dan seksyen 36(1) akta senjata api 1960.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...