Isnin, 13 Oktober 2014

Hassan Budu ditangkap di Jerteh


BESUT - Seorang penjenayah mencuri kenderaan paling dikehendaki di Terengganu dan Kelantan ditangkap ketika dia cuba melarikan sebuah kereta pacuan empat roda dari Taman Radhiah di sini sebelum kereta terbabit terbalik di satu persimpangan di Kampung Padang Luas Jerteh di sini tengah malam tadi.

Samsul Bahri Awang Noh, 41, yang lebih dikenali sebgai ‘Hassan Budu' mengalami kecederaan dan dimasukkan ke Hospital Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah ketika mengesahkan kejadian itu berkata, suspek memang seorang penjenayah yang dikehendaki kerana banyak terbabit dalam kes mencuri kenderaan sejak beberapa tahun lalu.


Beliau berkata, kira-kira 12.01 tengah malam tadi, seorang kontraktor yang sedang minum di sebuah kedai di Kampung Bukit Yong, Pasir Putih, Kelantan ternampak sebuah pacuan empat roda menghala dari Jerteh ke Pasir Putih, yang seakan-akan kenderaannya yang hilang Sabtu lalu.

"Oleh kerana ingin tahu, beliau mengekori kenderaan itu dengan kenderaannya yang lain sehingga dia dapat pasti bahawa kenderaan Pajero yang diekorinya itu memang kepunyaannya," kata Khaled kepada pemberita di sini hari ini.

Khaled berkata, suspek yang menyedari dia diikuti telah memecut sehingga memasuki Jalan Air Terjun dan ke Kampung Padang Luas sehingga kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik.


Suspek yang cedera kemudiannya ditangkap anggota polis. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...