CHERAS: Polis tidak takut dan gentar untuk melakukan
serbuan atau mengambil sebarang tindakan di kawasan Kuala Sepetang, Perak yang
didakwa menjadi lokasi jenayah dan aktiviti mafia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar berkata, pihak polis akan sentiasa memantau dan menyerbu mana-mana sahaja
kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah.
"Saya rasa polis belum sampai ke
tahap itu (takut).
"Belum ada tempat di mana-mana juga
di negara kita yang polis takut untuk berhadapan dengan keadaan yang mengancam
ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 30 ekor
kuda yang baharu dibeli oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, Khamis.
Menurut Khalid, kegiatan jenayah di
Kuala Sepetang memang wujud tetapi tidak sampai ke tahap dikuasai oleh kumpulan
mafia.
"Kita tak nafikan berlaku jenayah
di Kuala Sepetang tapi bukan sampai wujud mafia dan sebagainya" katanya.
Beliau menambah, walaupun Kuala Sepetang pernah menjadi sebuah pusat penyeludupan pada masa dahulu tetapi sekarang kawasan tersebut lebih dikenali dan berpotensi sebagai pusat pelancongan.
Beliau menambah, walaupun Kuala Sepetang pernah menjadi sebuah pusat penyeludupan pada masa dahulu tetapi sekarang kawasan tersebut lebih dikenali dan berpotensi sebagai pusat pelancongan.
"Saya percaya masih berlaku
penyeludupan ini tapi tak seperti apa yang digambarkan...begitu teruk
keadaannya.
"Kuala Sepetang sekarang adalah pusat pelancongan saya rasa eloklah kita majukan kawasan itu sebagai kawasan peranginan untuk tarik pelancong," katanya.
"Kuala Sepetang sekarang adalah pusat pelancongan saya rasa eloklah kita majukan kawasan itu sebagai kawasan peranginan untuk tarik pelancong," katanya.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru
ini menerbitkan artikel mengenai kegiatan mafia yang dikatakan berleluasa di
kawasan itu melibatkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala
Sangga.
Laporan tersebut mendakwa pelbagai aktiviti jenayah berlaku di sana, termasuk penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian, pencerobohan tanah kerajaan dan pencerobohan pendatang tanpa izin yang dikendalikan oleh sindiket berpengaruh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan
hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan tersebut.
Katanya, meskipun tidak terlibat secara
langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat
perjudian haram tersebut.