JOHOR BARU: Anggota polis antara tiga lelaki yang ditahan
kerana didakwa menculik dan merogol seorang pelancong warga Vietnam (Sumber) berusia 22
tahun.
Anggota berpangkat lans koperal yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan beberapa jam selepas wanita itu membuat laporan polis.
Dua lagi rakannya yang berusia 30-an dan
50-an ditahan dalam serbuan di sini, pada Ahad.
Sumber berkata, sisatan mendapati wanita
itu yang juga penuntut kolej di Vietnam tiba di pangsapuri Jalan Pasir Pelangi
menaiki teksi bersama seorang lagi rakan wanita pada pukul 3 pagi, Sabtu.
Difahamkan, kedua-duanya kemudiannya
didekati tiga lelaki yang mendakwa sebagai polis berpakaian preman yang meminta
mereka mengemukakan pasport.
Sumber berkata, rakan mangsa bertindak
melarikan diri dan meninggalkannya keseorangan kerana mereka yang bercuti ke
sini sejak sebulan lalu tidak membawa dokumen peribadi atau dokumen perjalanan
ketika itu.
Difahamkan, mangsa cuba menjelaskan
bahawa pasportnya ditinggalkan di rumah tetapi tidak dihiraukan tiga lelaki
itu.
Sebaliknya, mereka memaksa mangsa masuk
ke dalam kereta dan membawanya ke rumah salah seorang daripada mereka sebelum
bergilir-gilir merogol wanita berkenaan.
Sumber berkata, lelaki terbabit juga mengurung mangsa selama 12 jam sebelum membawanya pulang ke pangsapurinya pada keesokkannya.
Sumber berkata, lelaki terbabit juga mengurung mangsa selama 12 jam sebelum membawanya pulang ke pangsapurinya pada keesokkannya.
Mangsa bertindak membuat laporan polis
dan dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pasukan khas polis dibentuk dan dalam
masa beberapa jam dapat mengesan suspek berdasarkan visual rakaman kamera litar
tertutup dari pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan.
Semua tiga lelaki terbabit kini ditahan
reman.
Ketua Polis Daerah Johor Baru, Asisten
Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan penahanan lelaki terbabit tetapi enggan
mengulas lanjut.