KUALA LUMPUR (Klik) : Seorang
ahli perniagaan yang sedang tidur di rumah teres dua tingkatnya di Taman Pandan
Mewah, Ampang terkejut dengan bunyi tembakan di luar rumahnya awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad berkata,
mangsa yang berumur pertengahan 50-an kemudiannya membuat laporan polis.
Beliau berkata, siasatan mendapati bahagian tingkap di
rumah itu didapati pecah akibat tembakan dipercayai dilakukan seorang penunggang
motosikal yang berpakaian jaket hitam, bertopi keledar penuh dan bertopeng
muka.
"Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari jarak 20
meter di tepi jalan ke arah rumah mangsa.
"Pengawal keselamatan warga Myanmar yang bertugas di
pos pengawal berhampiran rumah mangsa terdengar bunyi seakan tembakan dari arah
bertentangan jalan raya pada waktu kejadian kira-kira 5.47 pagi," katanya.