Khamis, 9 Oktober 2014

Wanita warga Indonesia mati tangan terikat


Nilai: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan tangan terikat ke belakang di Flat D Taman Semarak Nilai, di sini, jam 2 petang tadi.
Namun pihak polis masih tidak mengetahui indentiti sebenar mangsa kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui di rumah flat empat tingkat berkenaan.
Seorang penduduk yang ingin di kenali sebagai Herna, 38, berkata, mangsa menyewa sebuah bilik di rumah terbabit empat bulan lalu.
"Rumah tiga bilik berkenaan didiami sepasang suami isteri dan seorang wanita serta mangsa.
"Namun ketika kejadian, saya difahamkan tiada siapa di rumah terbabit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, mangsa berasal dari Medan, Indonesia iaitu sekampung dengannya.
"Namun, kami jarang bertegur kerana jarang berjumpa.
"Mangsa berkerja di sebuah kedai kain di Nilai 3 dan sudah berkahwin namun saya tidak mengetahui statusnya kini," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...