Khamis, 12 Mac 2015

Dua anggota polis tidur ditukar serta merta


Dua anggota polis yang ditangkap tidur dalam waktu bertugas di Balai Polis Komuniti Mak Mandi, Daerah Seberang Prai Utara (SPU) ditukarkan serta merta ke pusat kawalan SPU.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua kertas siasatan dibuka untuk tindakan tatatertib ke atas kedua-dua anggota polis, seorang lelaki dan seorang wanita itu, selepas gambar mereka yang tertidur di kaunter, tersebar di media sosial.

“Ini perkara serius dan tindakan tatatertib akan diambil.


“Sementara menunggu tindakan tatatertib itu diambil, kedua-dua anggota polis itu ditukarkan dalam masa 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Gambar kedua-duanya yan tidur di kaunter tempat orang awam mengadu, tersebar di lama sosial dan blog, dan mendapat kritikan orang ramai.


Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh gambar tersebut diambil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...