Khamis, 18 Jun 2015

Hasrat bakal guru berkecai maut dicelah JENTOLAK


JERTIH - Hasrat bakal guru untuk berkelah bersama rakan tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kampung Chegar Batang dekat Pasir Akar, ketika dalam perjalanan ke pusat rekreasi Air Panas La, Hulu Besut, semalam.

Mangsa, Mohd Faisal Ismail, 22, dari Kampung Tok Raja meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah jentolak dalam kejadian lebih kurang jam 12.40 tengah hari.


Rakan karibnya, Mohd Di’Bal Zulkifli, 19, berkata, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan seorang lagi rakan menunggang motosikal masing-masing dari bandar Jertih ke Air Panas La.

Menurutnya, mereka merancang untuk singgah di rumahnya di Kampung Padang Bual yang terletak kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, sebelum meneruskan perjalanan ke Air Panas La.


“Kami berkumpul di bandar Jertih lebih kurang jam 11 pagi selepas Mohd Faisal mengajak saya mandi di kolam Air Panas La hari ini (semalam). Jadi, kami berkumpul di Jertih sebelum bertolak bersama dengan tiga motosikal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...