Sabtu, 27 Jun 2015

Lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara dalam pergaduhan di rumah kongsi tapak pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dengkil, Selangor, awal hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Abdul Aziz Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dikenali sebagai Mya-kwnt meninggal dunia akibat tikaman pada rusuk kanan.
Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung pergaduhan di tapak pembinaan itu melibatkan dua lelaki warganegara Myanmar pada pukul 1 pagi.
Katanya mangsa yang dibawa ke Hospital Putrajaya sejurus selepas kejadian meninggal dunia pada pukul 4 pagi.
"Suspek kejadian masih lagi bebas dan sedang diburu," kata Abdul Aziz. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...