Rabu, 24 Jun 2015

Polis Terengganu tingkat rondaan di surau, masjid


KEMAMAN - Polis Terengganu mempergiatkan rondaan di sekitar kawasan masjid dan surau seluruh daerah ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah sepanjang malam bulan Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata, pihaknya akan menempatkan beberapa anggota di kawasan tersebut bagi mengawal persekitaran ketika umat Islam melakukan solat tarawih.


Katanya langkah itu bagi mengelakkan individu tertentu mengambil kesempatan melarikan barangan berharga ketika umat Islam sedang beribadah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kes kecurian motosikal dan pecah cermin kereta di kawasan rumah ibadat tersebut.

Sehubungan itu, pemilik kereta diingatkan tidak meninggalkan barangan berharga dalam kenderaan ketika hendak menunaikan solat manakala pemilik motosikal dinasihatkan agar menggunakan kunci tambahan.

Rosli berkata, pada seminggu masyarakat Islam menunaikan ibadah puasa, pihaknya sudah menerima beberapa laporan berkenaan kehilangan motosikal dan pecah kenderaan. Bernama.
pecah kenderaan. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...