Khamis, 20 Ogos 2015

Lelaki Mabuk Dadah, Kelar Isteri


ALOR SETAR: Suri rumah berusia 27 tahun cedera parah akibat dikelar suaminya yang mengamuk, dipercayai kerana mengambil dadah berlebihan.

Syafinar Gozali kini dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah di sini selepas mengalami kecederaan serius pada tangan kanan.
Difahamkan, insiden itu berlaku kira-kira pukul 4 petang, Selasa di Kampung Kubang Pisang, Kubur Panjang di Pendang dekat sini.

Dalam keadaan mabuk, lelaki berusia 30an itu dipercayai mengurung isterinya dalam bilik di rumah mereka sambil memegang parang.
Wanita berkenaan bagaimanapun dikelar ketika cuba melarikan diri.
Lelaki itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...