Jumaat, 18 September 2015

Nurul Izzah akan disiasat


SHAH ALAM - Nurul Izzah Anwar akan disiasat kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurut laporan The Malaysian Insider, polis hadir ke pejabat Naib Presiden PKR tersebut untuk soal siasat tetapi Nurul Izzah tiada.

“Nurul Izzah disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan tetapi masih belum disoal siasat,” kata peguam Nurul Izzah, Latheefa Koya.

Pada waktu ini, Nurul Izzah berada di Amerika Syarikat dalam usahanya mengumpul tekanan antarabangsa terhadap kerajaan untuk memberi bantuan perubatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Siasatan terhadap Nurul Izzah dipercayai susulan dakwaan beberapa akhbar tempatan yang menyebut beliau membuat tawaran untuk membeli data curi mengenai transaksi antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International.



Dakwaan tersebut mengatakan Nurul Izzah pernah menawarkan AS$2 juta (RM8.6 juta) kepada bekas kakitangan PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya pembangkang mentadbir negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...