Selasa, 1 Disember 2015

Tujuh Polis Antara 15 Individu Terbabit Kes Culik Warga Iran

KUALA LUMPUR: Seramai 15 individu termasuk tujuh anggota polis ditahan dipercayai terbabit dalam kes penculikan seorang ahli perniagaan warga Iran pada 23 November lepas.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, ahli perniagaan industri minyak dan gas itu telah diculik di Jalan Ampang Hilir di sini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata mangsa kemudiannya dibebaskan pada 25 November lepas.


"Tiada wang tebusan diminta," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata susulan itu, cawangan Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menahan 15 individu berusia antara 26 hingga 55 tahun.

"Seorang daripada suspek merupakan wanita dan mereka ini ditahan pada 25 dan 26 Nov. Motif kejadian dipercayai bersabit perbalahan mengenai hutang," katanya.


Law berkata kes berkenaan disiasat dibawah seksyen 363 Kanun Keseksaan  kerana menculik dan kini ditahan direman selama sembilan hari bermula tarikh tangkapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...