Ahad, 17 Januari 2016

: AMARAN KESELAMATAN TAHAP TERTINGGI, KAWALAN KESELAMATAN DI PERTINGKATKAN

Semua Ketua Polis Daerah di Johor telah diarahkan untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai antara lokasi terbabit adalah pusat beli-belah, pusat hiburan dan pintu keluar masuk negara seperti Kompleks Kastam dan Imigresen di Tuas, Jeti Pasir Gudang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Ketua Polis Negeri Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan media meminta orang ramai supaya tidak panik melihat pertambahan anggota polis membuat rondaan dengan membawa senjata berat di kawasan itu.


Keadaan ini bertujuan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa polis sentiasa melindungi dan bersedia menangani sebarang ancaman kumpulan pengganas.

Orang ramai digesa menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan kegiatan pengganas di kawasan masing-masing.

Khamis lepas, tujuh orang iaitu lima pengganas dan dua orang awam disahkan terkorban dalam insiden tembak-menembak serta serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin, di tengah-tengah ibu kota Jakarta.

Ekoran insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi bagi mengelak insiden seumpama itu berlaku di Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...