Isnin, 8 Februari 2016

Banduan lolos dari penjara Marang Ditahan Semula

MARANG - Banduan yang melarikan diri dari Penjara Marang sejak 14 hari lalu berjaya ditahan polis petang semalam di Kampung Padang Tanjung Bukit Payong di sini.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata penahanan banduan yang berusia 23 tahun tersebut adalah hasil maklumat daripada orang awam.
"Pihak polis kemudiannya ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan yang dilakukan kita mengesahkan lelaki tersebut merupakan banduan yang sememangnya dikehendaki pihak polis setelah melarikan diri dari Penjara Marang pada 24 Januari lalu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marang untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada jagaan yang sah.

Menurutnya ketika ditangkap, suspek berada dalam keadaan tidak bermaya dipercayai tidak mendapat makanan mencukupi sepanjang 14 hari berada di pinggir hutan. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...