Rabu, 9 Mac 2016

Lelaki berpakaian wanita ditemui mati

SUBANG JAYA - Seorang lelaki yang berpakaian wanita ditemui mati selepas dipercayai ditolak oleh teman lelakinya dalam satu kejadian di Blok E, Subang Park Homes di sini pagi tadi.
Mangsa, Zhukran Supu, 20, berasal dari Sandakan, Sabah ditemui berlumuran darah di pekarangan pangsapuri itu oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 9.31 pagi sebelum menghubungi pihak polis.
Satu sumber berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian dan hasil siasatan berjaya menahan seorang lelaki warga Kenya yang dipercayai teman lelaki mangsa.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian wanita serta memakai rambut palsu,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi tadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Suspek itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” ujarnya. - K! ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...