Sabtu, 26 Mac 2016

Wartawan Dan Lelaki Maut Ditembak Di Yala

Gambar Hiasan
PATTANI, 26 Mac (Bernama) -- Seorang wartawan di balai polis tempatan dan seorang lelaki maut ditembak di sebuah kebun getah di Kampung Bado, Yala awal pagi tadi.

Penolong Ketua Polis Yala, Kol. Pol. Krisada Keawjandee berkata pihak polis menerima laporan tentang kejadian yang mengorbankan Duraning Samoh, 51, dan Abdul Aziz Salleh, 36, pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Duraning Samoh meninggal dunia di hospital manakala wartawan berkenaan Abdul Aziz Salleh ditemui mati ditempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata penduduk tempatan melapor mereka mendengar beberapa das tembakan di sebuah pondok di kebun getah terbabit kira-kira pukul 4 pagi tetapi tidak berani menghampiri lokasi berkenaan.

Hanya kira-kira pukul 6 pagi penduduk pergi ke pondok berkenaan dan menemui kedua-dua lelaki itu berada dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat ditembak, katanya.

Polis masih menjalankan siasatan tentang motif kejadian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...